ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 14. Kehadiran bukan ahli dalam mesyuarat.


(1) Yang Dipertua boleh menjemput seseorang yang bukan ahli Majlis hadir dalam mesyuarat Majlis, jika perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat memerlukan kehadiran orang itu.

(2) Seseorang yang dijemput hadir di bawah subseksyen (1) adalah berhak mengambil bahagian dalam perbincangan Majlis, tetapi tidak mempunyai hak mengundi.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.