ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Seksyen 45. Had kuasa untuk membuat sesuatu perintah.
Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan Mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan talak kecuali-
(a)
jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syarak; atau
(b)
jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini; dan
(c)
jika pemastautin salah satu pihak kepada perkahwinan masa permohonan itu diserahkan tinggal dalam Negeri Perlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.