ENAKMEN 2
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN XII - PELBAGAI



Seksyen 60. Perbuatan yang dilakukan pada menjangkakan pembuatan Enakmen ini.


Segala perkara yang dilakukan oleh Majlis atau mana-mana orang bagi pihak Majlis dalam menyediakan dan ke arah pelaksanaan yang sepatutnya mana-mana peruntukan Enakmen ini, termasuk penubuhan Panel Penasihat dan apa-apa pelantikan di bawah Enakmen ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya, pada menjangkakan Enakmen ini akan diperbuat hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Enakmen ini, dan segala hak yang diperoleh atau kewajipan yang dikenakan ke atas Majlis dan bagi pihak Majlis daripada apa-apa jua yang dilakukan sedemikian hendaklah apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan kewajipan Majlis.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.