ENAKMEN 2
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 55. Penubuhan Mahkamah Syariah
(1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam
Warta
menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Pulau Pinang di tempat-tempat yang difikirkannya patut.
(2) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam
Warta
menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Pulau Pinang.
(3) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam
Warta
menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri Pulau Pinang.
(4) Yang di-Pertuan Agong, atas syor Ketua Hakim Syarie, boleh menetapkan secara bertulis suatu kod etika yang mesti dipatuhi oleh semua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.