ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN VI - KEWAJIPAN SYEIKH



Seksyen 16. Penyediaan laporan tahunan.


(1) Syeikh hendaklah menyediakan atau menyebabkan supaya disediakan suatu laporan tahunan bagi tahun sebelumnya mengikut bentuk yang ditetapkan oleh Pendaftar dan menyerahkan laporan tahunan itu kepada Pendaftar selewat-lewatnya pada 31 Januari tahun berikutnya.

(2) Laporan tahunan itu hendaklah mengandungi yang berikut:
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.