ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN V - PENDAFTARAN TAREKAT TASAWUF



Seksyen 11. Daftar Tarekat Tasawuf.


(1) Hendaklah diadakan suatu Daftar Tarekat Tasawuf yang hendaklah mengandungi butir-butir mengenai suatu tarekat tasawuf berdaftar termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
(2) Pendaftar boleh membetulkan apa-apa kesilapan butir-butir dalam Daftar.

(3) Mana-mana orang boleh membuat carian dalam Daftar pada bila-bila masa waktu pejabat dan boleh membuat cabutan daripada Daftar setelah membayar fi yang ditetapkan oleh Pendaftar.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.