ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991


Seksyen 6B. Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.


(1) Raja Pemerintah hendaklah di atas nasihat Majlis melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Sebelum memberi nasihat di atas perlantikan Hakim-Hakim tersebut selain daripada perlantikan Ketua Hakim Syarie, Majlis hendaklah merujuk dengan Ketua Hakim Syarie.

(3) Seseorang itu layak dilantik di bawah sub-seksyen (1) jika:
(4) Orang-orang yang sebelum sahaja mula berkuatkuasa seksyen ini memegang jawatan kadi di bawah sub-seksyen (1) seksyen 6 Enakmen dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah apabila mula berkuatkuasa seksyen ini, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah TInggi Syariah seolah-olah mereka telah dilantik di bawah sub-seksyen (1).

(5) Semua perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam
Warta.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.