ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN V - PENDAFTARAN TAREKAT TASAWUF



Seksyen 10. Kelulusan atau penolakan pendaftaran.


(1) Jawatankuasa Fatwa hendaklah mempunyai kuasa untuk menimbangkan sama ada untuk meluluskan atau menolak permohonan pendaftaran suatu tarekat tasawuf.

(2) Jika Jawatankuasa Fatwa meluluskan permohonan pendaftaran tarekat tasawuf itu, Jawatankuasa Fatwa bolehlah menetapkan apa-apa syarat ke atas pendaftaran itu.

(3) Jawatankuasa Fatwa boleh, pada bila-bila masa, mengubah, menambah atau menukar apa-apa syarat ke atas pendaftaran sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya.

(4) Jawatankuasa Fatwa boleh menolak apa-apa permohonan pendaftaran tanpa memberikan apa-apa alasan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.