ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Seksyen 13. Pembatalan pelantikan.
(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis jika—
(a)
kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugas-tugasnya sebagai anggota atau selainnya, adalah kelakuan yang memburukkan nama Majlis;
(b)
dia telah menjadi tidak berupaya untuk menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna sebagai anggota;
(c)
tanpa apa-apa alasan yang mencukupi pada pendapat Pengerusi, dia telah tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis secara berturut-turut;
(d)
dia telah bertindak bertentangan dengan kepentingan Majlis; atau
(e)
dia diisytiharkan bankrap.
[
Pin. Sel. En. A5
]
(2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas budi bicara Baginda, pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis.
[
Mas
. Sel. En. A5
]
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.