ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002
BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
Syarat yang Dikehendaki bagi Memulakan Prosiding
Seksyen 72. Hakim mengambil perhatian tentang kesalahan.
(1) Tertakluk kepada Enakmen ini, seorang Hakim boleh mengambil perhatian tentang sesuatu kesalahan—
(a) apabila dia menerima suatu aduan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Enakmen ini;
(b) berdasarkan pengetahuannya sendiri dan dengan keterangan yang menyokong bahawa kesalahan itu telah dilakukan; atau
(c) apabila mana-mana orang dibawa ke hadapannya dalam jagaan tanpa proses dan dituduh melakukan suatu kesalahan yang Hakim itu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakannya.
(2) Apabila seorang Hakim mengambil perhatian tentang sesuatu kesalahan di bawah perenggan (1) (b), tertuduh atau, apabila terdapat beberapa orang yang dituduh, mana-mana seorang daripada mereka adalah berhak menghendaki supaya kes itu tidak dibicarakan oleh Hakim itu tetapi hendaklah dibicarakan oleh seorang Hakim yang lain.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.