Enakmen 9
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Seksyen 16. Setiausaha


(1) Yang Dipertua Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman hendaklah menjadi Setiausaha Majlis.

(2) Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke atas semua suratmenyurat dan dokumen Majlis, dan hendaklah dalam apa-apa hal lain menjalankan tugas yang dikenakan ke atasnya oleh Enakmen ini atau yang diberikan kepadanya oleh Yang Dipertua.

(3) Setiausaha berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitiannya, tetapi tidak berhak mengundi.

(4) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh melantik mana-mana orang untuk menjalankan tugas-tugas Setiausaha dalam tempoh masa ketiadaan atau keuzurannya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.