ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
BAHAGIAN VI - MASJID
Seksyen 94. Kuasa dan tugas Pegawai Masjid.
Pegawai Masjid yang dilantik di bawah seksyen 93 hendaklah -
(a)
bertanggungjawab menjaga masjid mengikut cara dan peraturan yang sesuai untuknya dan menurut apa-apa arahan yang diberi oleh Majlis dan Jabatan Agama dari masa ke masa;
(b)
tertakluk kepada perenggan
(a)
subseksyen (2) seksyen 98, bertanggungjawab menjaga tanah perkuburan dalam kariah masjidnya;
(c)
dengan segera memberitahu Majlis mengenai segala perkara yang berlaku dalam kariahnya yang menghendaki perhatian Majlis, terutamanya mengenai agama Islam;
(d)
mempunyai kuasa menghalang mana-mana orang yang hendak bersyarah dalam masjidnya tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis atau Jabatan Agama; dan
(e)
menjalankan apa-apa tugas atau kuasa lain sebagaimana ditetapkan oleh Majlis dalam tauliah masing-masing.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.