ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN VI - KEWAJIPAN SYEIKH



Seksyen 13. Pusat pengamalan tarekat tasawuf.


(1) Seseorang syeikh bagi tarekat tasawuf berdaftar hendaklah menjalankan pengamalan tarekat tasawuf di dalam pusat pengamalan tarekat tasawuf itu sahaja.

(2) Jika seseorang syeikh hendak menjalankan pengamalan tarekat tasawuf di dalam mana-mana premis selain di dalam pusat pengamalan tarekat tasawuf itu, syeikh hendaklah mendapatkan kebenaran Pendaftar.

(3) Mana-mana syeikh yang melanggar subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan dikenakan denda lima ribu ringgit.

(4) Syeikh bagi tarekat tasawuf yang berdaftar hendaklah menjadikan pusat pengamalan tarekat tasawufnya sebagai pusat pengajian dan penyebaran serta pengembangan ilmu bagi manfaat ahli tarekatnya.

(5) Walau apa pun subseksyen (4), syeikh hendaklah tertakluk kepada Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 yang memperuntukkan pengawalseliaan pengajaran agama Islam.

(6) Syeikh bagi tarekat tasawuf yang berdaftar hendaklah memaklumkan atau menyebabkan supaya dimaklumkan secara bertulis kepada Pendaftar apa-apa pertukaran alamat pusat pengamalan tarekat tasawufnya dalam masa empat belas hari selepas pertukaran alamat itu.

(7) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (6) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima ratus ringgit.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.