ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 7. Keanggotaan Majlis.


(1) Majlis hendaklah mengandungi ahli-ahli berikut yang hendaklah seorang Islam -
(2) Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan ahli-ahli di bawah perenggan (c) dan (d) subseksyen (1) hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan atas budibicara Baginda bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun.

(3) Seseorang ahli yang tempoh jawatannya telah tamat boleh dilantik semula.

(4) Jika pada masa orang yang memegang jawatan yang disebut dalam perenggan (c) subseksyen (1) adalah seorang bukan Islam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan hendaklah melantik seorang lain yang beragama Islam yang terkanan daripada Jabatan yang sama untuk menjadi ahli menggantikan orang itu.

(5) Yang Dipertua boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada Timbalan Yang Dipertua yang pada menjalankan fungsi-fungsi itu hendaklah tertakluk kepada kawalan, pengawasan dan arahan Yang Dipertua.

(6) Orang-orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasa seksyen ini adalah Yang Dipertua dan ahli-ahli "Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang" hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, terus menjadi Yang Dipertua dan ahli-ahli Majlis sehingga tamat tempoh perlantikan mereka.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.