ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 185. Membuat kenyataan keluar daripada Ugama Islam dengan apa-apa jua tujuan.


Mana-mana orang Islam menyatakan bahawa ia sudah keluar daripada Ugama Islam, sama ada secara lisan, bertulis atau apa-apa jua cara lain, dengan apa-apa jua tujuan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya atau sebat tidak lebih daripada enam kali sebatan.
[Pin. En. 7/87] [Gan. En. 4/89]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.