ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN IX - PELBAGAI



Seksyen 30. Kesalahan memberikan maklumat palsu.


Mana-mana orang yang memberikan apa-apa pernyataan yang tidak benar atau palsu, atau menyembunyikan fakta yang material atau mengemukakan maklumat yang mengelirukan, atau memalsukan apa-apa dokumen, bagi maksud Enakmen ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit atau dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.