ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991
BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
KESAHTARAFAN ANAK
Seksyen 114. Anggapan dari pengakuan boleh dipatahkan.
Anggapan yang berbangkit dari pengakuan yang dibuat oleh seseorang bahawa ia adalah bapa kepada seseorang yang diakuinya sebagai anak boleh dipatahkan hanya dengan-
(a)
penolakan di pihak orang yang telah diakui sebagai anak itu;
(b)
bukti bahawa perbezaan umur antara pihak yang mengaku dan pihak yang diakui adalah sebegitu kecil, atau bahawa umur pihak yang diakui adalah sebegitu tinggi, hingga menyebabkan pertalian yang dikatakan itu mustahil dari segi fizikal;
(c)
bukti bahawa pihak yang diakui itu adalah sebenarnya anak seorang lain; atau
(d)
bukti bahawa ibu anak itu tidak mungkin menjadi isteri yang sah kepada pihak yang mengaku pada masa percantuman benih itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.