ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 168. Mengejek atau menyenda perbuatan yang berkait dengan Ugama Islam.


Sesiapa mengejek atau mempersendakan atau meniru atau mengajukkan dengan secara mengejek apa-apa perbuatan atau upacara yang berkaitan dengan Ugama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
[Pin. En. 7/87]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.