ENAKMEN 2
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN V - PENDAKWAAN DAN PEWAKILAN
Seksyen 79. Pegawai Penguatkuasa Agama
Majlis boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan terhadap rukun agama Islam.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.