ENAKMEN 2
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH
Seksyen 58. Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
(1) Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, boleh melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
(2) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika—
(a)
dia seorang warganegara; dan
(b)
dia—
(i) selama tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum pelantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau Kadhi atau Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pula; atau
(ii) selama tidak kurang dari sepuluh tahun sebelum pelantikannya telah menjadi Peguam Syarie sesuatu Negeri atau pada suatu masa sebelum itu di mana-mana Negeri.
(3) Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Enakmen terdahulu dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).
(4) Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam
Warta
.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.