Enakmen 9
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN IX - AM



Seksyen 88. Kecualian dan peralihan


(1) Semua tindakan, kaedah, peraturan-peraturan, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa mana-mana peruntukan undang-undang bertulis yang mansuh menurut kuasa oleh Enakmen ini hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga dibatalkan atau digantikan oleh peraturan, kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, notis, borang, surat kebenaran, atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini.

(2) Apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding yang dilakukan, diambil atau dimulakan dalam atau dihadapan Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah sebelum berkuat kuasa Enakmen ini setakat yang siasatan, perbicaraan atau prosiding berhubung dengan kes-kes dibawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan telah dilakukan, diambil atau dimulakan dalam atau dihadapan Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah yang ditubuhkan dibawah Enakmen Mahkamah Syariah (Kedah Darul Aman) 2008.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.