ENAKMEN 2
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
Seksyen 34. Pengenaan surcaj
(1) Seseorang yang sedang atau pernah bekerja dengan Majlis boleh disurcaj jika ternyata kepada Majlis bahawa orang itu—
(a)
telah gagal memungut wang yang terhutang kepada Majlis yang pemungutan wang itu adalah telah menjadi atau pernah menjadi tanggungjawabnya;
(b)
adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak wajar daripada Majlis bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
(c)
adalah atau pernah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang simpanan atau harta lain Majlis;
(d)
tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Majlis kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang, atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Majlis; atau
(e)
sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak atau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya.
(2) Dalam seksyen ini, “pegawai perakaunan” termasuklah seseorang pegawai yang dipertanggungkan dengan—
(a)
kewajipan untuk memungut, menerima atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaunkan, apa-apa wang Majlis;
(b)
kewajipan untuk membuat pembayaran, atau yang sebenarnya membuat pembayaran, apa-apa wang Majlis; atau
(c)
kewajipan untuk menerima, menyimpan, melupuskan atau mengakaunkan, apa-apa barang simpanan dan harta Majlis yang dia sebenarnya menerima, memegang, melupuskan atau mengakaunkan barang simpanan dan harta itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.