ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 9. Bidangkuasa Mahkamah Qadhi Besar.


Mahkamah Qadhi Besar hendaklah:

(1) Dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang telah diperuntukkan baginya dan bolehlah mengenakan apa-apa hukuman yang telah pun diperuntukkan baginya.

(2) Dalam bidangkuasa sivilnya, mendengar dan memutuskan segala tindakan dan perbicaraan dalam mana pihak-pihak berkenaan semuanya berugama Islam dan yang berkenaan dengan:
Dengan syarat bahawa Mahkamah itu lazimnya, tidaklah membicarakan mana-mana kesalahan atau mendengar atau menentukan mana-mana tindakan atau pembicaraan mengenai mana-mana Mahkamah Qadhi Khas atau Qadhi Jajahan yang mempunyai bidangkuasa tersebut.

(3) Memeriksa mana-mana rekod pembicaraan Mahkamah Qadhi Khas atau Qadhi Jajahan dan boleh membuat keputusan seperti berikut:
(4) Apabila Mahkamah memanggil rekod tentang apa-apa perkara atau prosiding di bawah subseksyen (3) segala prosiding di Mahkamah Rendah Syariah dalam perkara atau prosiding itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah.

(5) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Ketua Hakim Syarie untuk bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan mengetuai Mahkamah itu.
[Mas. (4) dan (5) En. A3]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.