ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 157. Memungut wang dengan melanggar seksyen 124.


(1) Sesiapa mengambil bahagian memungut wang atau sumbangan-sumbangan yang lain dengan melanggar seksyen 124 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya.
[Pin. En. 7/87]

(2) Semua barang-barang untuk melakukan kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) serta wang-wang yang telah dipungut itu boleh dirampas dan wang-wang itu apabila dirampas hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulanwang Baitul-Mal.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.