ENAKMEN 4
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG)
BAHAGIAN X - PINDAAN
Seksyen 82. Prosiding cacat
Mahkamah boleh pada bila-bila masa, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, dan atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, memerintahkan supaya dibuat apa-apa pindaan bagi maksud—
(a)
membetulkan apa-apa kecacatan atau ralat dalam mana-mana prosiding; atau
(b)
menentukan soalan sebenar yang menjadi kontroversi atau bagi mencapai keadilan antara pihak-pihak.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.