ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR



Seksyen 16. Setiausaha.


(1) Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor hendaklah menjadi Setiausaha Majlis.

(2) Setiausaha hendaklah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pentadbir Majlis dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dasar-dasar dan ketetapan-ketetapan Majlis.

(3) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Pengerusi kepadanya, Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke atas semua surat-menyurat dan dokumen Majlis, dan hendaklah dalam apa-apa hal lain menjalankan tugas-tugas yang dikenakan ke atasnya oleh Enakmen ini atau yang diberikan kepadanya oleh Pengerusi.

(4) Setiausaha berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitiannya, tetapi tidak berhak mengundi.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.