ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 146. Zina.



(1) Mana-mana lelaki Islam yang bersetubuh dengan seseorang perempuan yang telah diketahuinya atau ada sebab-sebab yang boleh dipercayainya bahawa perempuan itu adalah isteri orang lain dan tidak ada tuduhan dibuat terhadapnya dalam Mahkamah Awam di atas kesalahan rogol di bawah kanun kesiksaan atau persetubuhan itu tidak menjadi kesalahan rogol di bawah kanun kesiksaan, adalah melakukan suatu kesalahan zina dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya dan sebat tidak lebih daripada enam sebatan.
[Pin. En. 7/87]

(2) Mana-mana perempuan Islam yang menjadi pasangan dalam kesalahan di bawah seksyen-kecil (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan hukuman yang sama seperti diperuntukkan di bawah seksyen-kecil (1).

(3) Mana-mana orang Islam didapati bersubahat dalam mana-mana kesalahan pada seksyen ini bolehlah dihukum dengan hukuman yang sama seperti diperuntukkan di bawah seksyen-kecil (1) pada seksyen ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.