ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN X - PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 35. Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Enakmen ini akan dibuat.


Segala perkara yang dilakukan, termasuk apa-apa pelantikan yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya, pada menjangkakan Enakmen ini akan diperbuat hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Enakmen ini, dan segala hak yang diperoleh atau kewajipan yang dikenakan ke atas dan bagi pihak Jawatankuasa Fatwa dan Pendaftar daripada apa-apa jua yang dilakukan sedemikian hendaklah apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan kewajipan Jawatankuasa Fatwa dan Pendaftar.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.