ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)
BAHAGIAN VIII - MEMELUK AGAMA ISLAM
Seksyen 98. Penentuan sama ada orang yang tidak didaftarkan ialah seorang muallaf.
Jika apa-apa persoalan timbul tentang sama ada seseorang itu adalah seorang muallaf, dan orang itu tidak didaftarkan dalam Daftar Muallaf atau di bawah mana-mana undang-undang mana-mana Negeri sebagai seorang muallaf, persoalan itu hendaklah diputuskan berdasarkan kepada merit kes itu mengikut seksyen 91.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.