ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 20. Perakuan pusaka.


(1) Jika di dalam mana-mana persidangan Mahkamah Adat atau pihak berkuasa atau mana-mana orang yang ada kepentingan mengenai pentadbiran atau pembahagian harta pesaka yang wajib dibahagikan mengikut hukum syarak, Mahkamah Kadi boleh atas permintaan mana-mana Mahkamah Sivil, pihak berkuasa atau orang yang ada kepentingan itu, mengeluarkan satu perakuan digelar perakuan faraid mengenai pembahagian harta itu serta orang yang berhak kepadanya.

(2) Perakuan seperti yang tersebut di dalam sub-seksyen (1) hendaklah dibuat oleh Mahkamah Kadi berdasarkan kepada kenyataan yang dikemukakan oleh Mahkamah Sivil, pihak berkuasa atau orang yang ada kepentingan itu dan mana-mana kenyataan yang diperolehi dari hasil penyiasatannya sendiri;

Dengan syarat bahawa jika Mahkamah Kadi itu fikirkan patut, ia boleh sebelum membuat perakuan itu mendengar mana-mana pihak, mengenai apa-apa persoalan berkaitan dengannya atau sumpah atau ikrar.

(3) Dalam mana-mana hal yang istimewa rumitnya Mahkamah Kadi bolehlah merujuk persoalan itu kepada Majlis untuk memperolehi pendapatnya, dan hendaklah, jika Majlis memberi pendapatnya, memperakukan menurutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.