ENAKMEN 4
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG)
BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB I - AM
Seksyen 22. Pemberhentian tindakan
Dalam hal perkahwinan, kematian atau kebankrapan mana-mana pihak—
(a)
jika kausa tindakan itu tidak menakat mengikut Hukum Syarak, prosiding itu hendaklah terhenti, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan
(c)
;
(b)
jika kausa tindakan itu menakat atau berterusan mengikut Hukum Syarak, prosiding itu tidaklah terhenti atau menjadi cacat; atau
(c)
dalam hal kematian selepas perbicaraan tetapi sebelum penghakiman diumumkan atau dicatatkan, prosiding itu tidaklah terhenti, dan penghakiman boleh diumumkan atau dicatatkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.