ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN III - KEPERLUAN MENDAFTARKAN TAREKAT TASAWUF



Seksyen 7. Kesalahan menjadi ahli tarekat dan mengamalkan tarekat tasawuf yang tidak berdaftar.


(1) Tiada seorangpun boleh menjadi ahli tarekat mana-mana tarekat tasawuf yang tidak didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(2) Tiada seorangpun boleh mengamalkan sesuatu tarekat tasawuf yang tidak didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit, dan dalam hal kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, boleh dikenakan denda yang tidak kurang daripada tiga ribu ringgit.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.