ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005
BAHAGIAN II - PELANTIKAN PENDAFTAR, TIMBALAN PENDAFTAR DAN PENOLONG PENDAFTAR
Seksyen 5. Fungsi Pendaftar.
Pendaftar hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
mendaftarkan tarekat tasawuf;
(b)
menyimpan dan menyenggara atau menyebabkan disimpan atau disenggara Daftar Tarekat Tasawuf dan mengemaskini butir-butir dalam Daftar dari semasa ke semasa;
(c)
menjalankan apa-apa fungsi yang dikehendaki supaya dilaksanakan di bawah Enakmen ini; dan
(d)
menjalankan apa-apa perbuatan lain dan membuat apa-apa benda yang perlu, berfaedah atau suai manfaat bagi menjalankan sepenuhnya dan secara yang berkesan peruntukan-peruntukan Enakmen ini ke arah pelaksanaan yang lebih baik Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.