ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN V - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 78. Ketua Pendakwa dan Pendakwa Syarie.


(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, boleh melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagi memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.

(3) Majlis boleh melantik orang-orang yang layak dan sesuai daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri atau perkhidmatan bersama menjadi Pendakwa-Pendakwa Syarie.

(4) Pendakwa-Pendakwa Syarie hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang diberikan kepada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie, kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.