Enakmen 9
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN IV - KEWANGAN
Wakaf, Nazr dan Amanah



Seksyen 57. Pengertian surat cara tentang wakaf atau nazr


Jika, pada pendapat Majlis makna atau natijah mana-mana surat cara atau akuan yang mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf atau nazr adalah kabur atau tidak pasti, Majlis bolehlah merujukkan perkara itu kepada Mufti bagi mendapatkan pendapatnya tentang makna dan natijah surat cara atau akuan itu, dan hendaklah bertindak menurut apa-apa pendapat yang diberikan sedemikian oleh Mufti.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.