ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN VIII - PENYIASATAN DAN PENDAKWAAN



Seksyen 24. Kuasa untuk menyiasat.


Pendaftar, Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar atau Pegawai Penguat Kuasa Agama hendaklah mempunyai segala kuasa yang penuh dan perlu sebagaimana yang diperuntukkan dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 2003 [En. 13/2003] untuk menjalankan penyiasatan dan pemeriksaan tentang apa-apa kesalahan di bawah Enakmen ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.