ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN V - KEWANGAN
Zakat dan Fitrah



Seksyen 70. Kuasa Majlis memungut zakat dan fitrah.


Majlis hendaklah berkuasa memungut zakat dan fitrah daripada setiap orang Islam yang kena dibayar di dalam Negeri Terengganu mengikut Hukum Syarak bagi pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.