ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 25. Bertindak dalam perkara tergempar.


(1) Dalam perkara tergempar, Yang Dipertua boleh membuat atau mengarahkan dibuat bagi pihak Majlis apa-apa perbuatan atau perkara yang boleh dibuat oleh ketetapan Majlis.

(2) Jika sesuatu perbuatan atau perkara dibuat mengikut subseksyen (1), suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam tempoh tujuh hari selepas itu bagi maksud mengesahkan dan memperakui perbuatan atau perkara yang dibuat itu, dan jika Majlis enggan mengesahkan dan memperakui perbuatan atau perkara yang dibuat itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh memberi arahan di atas perkara itu sebagaimana Baginda fikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.