ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 58. Pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.


(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan, atas nasihat Majlis, dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

(2) Seseorang adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika—

(3) Orang yang, sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa, memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Enakmen terdahulu dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).

(4) Tiap-tiap pelantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.