ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR



Seksyen 28. Perwakilan kewajipan atau kuasa Majlis.


(1) Majlis boleh, melalui ketetapan, dan tertakluk kepada syarat-syarat dan sekatan-sekatan yang difikirkan patut oleh Majlis, mewakilkan kepada Pengerusi atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa Majlis penunaian mana-mana kewajipannya atau penjalanan mana-mana kuasanya.

(2) Pelaksanaan kewajipan-kewajipan dan penjalanan kuasa-kuasa menurut pewakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

(3) Pengerusi, Setiausaha, atau jawatankuasa yang kepadanya pewakilan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu Majlis tentang semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya menurut pewakilan itu.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.