ENAKMEN 3
ENAKMEN TAREKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN III - KEPERLUAN MENDAFTARKAN TAREKAT TASAWUF



Seksyen 6. Kesalahan menubuhkan, dsb. tarekat tasawuf yang tidak berdaftar.


(1) Tiada seorangpun boleh menubuhkan, menguruskan atau mengendalikan mana-mana tarekat tasawuf melainkan jika tarekat tasawuf itu telah didaftarkan di bawah Enakmen ini.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan dikenakan denda lima ribu ringgit.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.