ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002


Seksyen 37A. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan.


(1) Pengarah boleh, dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Enakmen ini kecuali suatu kesalahan di bawah subseksyen 5(3) atau 18(2) dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum bagi kesalahan itu yang boleh dikenakan kepada orang itu sekiranya dia telah disabitkan atas kesalahan itu dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.

(2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.


(3) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1)-

(4) Apa-apa wang yang dibayar kepada Pengarah menurut subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.