ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN IV - PERATURAN AM



Seksyen 26. Lucuthak.


(1) Mana-mana orang atau peguam yang mewakili mana-mana pihak di dalam perbicaraan di Mahkamah boleh dihalang daripada mewakili mana-mana pihak itu seterusnya jika Mahkamah berpendapat ia tidak lagi layak mewakili pihak itu.

(2) Bagi maksud sub-seksyen (1) Majlis boleh, selepas Mahkamah memberi pendapatnya menurut sub-seksyen (1) menarik balik sijil bertulis yang diberi di bawah seksyen 25 atau 24 (1) mana-mana yang berkenaan dan segala bayaran yang telah dibayar oleh mana-mana orang atau peguam itu hendaklah disifatkan sebagai dilucuthak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.