ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuat kuasa.


(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Enakmen ini.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.