ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - PENTADBIRAN



Seksyen 6. Perlantikan Ketua Hakim Syarie.


(1) Raja Pemerintah atas nasihat Majlis hendaklah melantik seorang Ketua Hakim Syarie.

(1A) Seseorang itu layak dilantik di bawah sub-seksyen (1) jika:
(2) Orang yang sebelum mula berkuatkuasa seksyen ini memegang jawatan Ketua hakim Syarie di bawah sub-seksyen (1) seksyen 6 Enakmen dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, terus memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia telah dilantik di bawah sub-sekyen (1). (2A) Semua perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta

(3) Raja Pemerintah boleh dari semasa ke semasa memberi, mengubah, mengurang atau membatalkan mana-mana surat perlantikan yang dibuat di bawah sub-seksyen (1) seksyen ini dan bolehlah menghadkan perlaksanaan mana-mana kuasa yang diberi oleh Enakmen ini.

(4) Melainkan sebagaimana yang tersebut sebelumnya maka bidangkuasa, hak dan kuasa
Ketua Hakim Syarie dan Kadi hendaklah sebagaimana yang diberi oleh Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.