ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982
BAHAGIAN IX - KESALAHAN
Seksyen 160. Mendirikan masjid dan jumaat tidak mengikut Enakmen ini.
(1) Mana-mana orang melanggar seksyen 126 adalah melakukan satu kesalahan.
(2) Fardhu Jumaat tidak boleh didirikan di mana-mana dalam Negeri dengan tidak terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Majlis.
(3) Sesiapa yang melanggar seksyen-kecil (1) dan (2) bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada tiga ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya.
[
Pin. En. 7/87
]
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.