ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN V - KEWANGAN



Seksyen 86. Pungutan khairat.


(1) Majlis boleh memungut atau mengeluarkan surat kebenaran dengan terma-terma yang difikirkannya patut kepada mana-mana orang atau kumpulan orang, membenarkan orang atau kumpulan orang itu memungut wang atau apa-apa sumbangan lain untuk tujuan khairat bagi membantu dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak.

(2) Maka hendaklah disifatkan sebagai suatu terma tiap-tiap surat kebenaran itu bahawa orang yang menerima surat kebenaran itu dan tiap-tiap orang lain yang dibenarkan melalui surat kebenaran itu untuk memungut wang atau apa-apa sumbangan lain hendaklah -
(3) Wang yang dipungut menurut seksyen ini boleh digunakan bagi apa-apa maksud yang diarahkan oleh Majlis, tetapi jika tiada arahan sedemikian, wang itu hendaklah dimasukkan dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Khairat Am.

(4) Tiada seorangpun boleh membuat pungutan atau mengambil bahagian dalam pungutan wang bagi apa-apa maksud seperti yang disebut dalam subseksyen (1) kecuali dengan kuasa nyata daripada Majlis atau menurut kuasa surat kebenaran di bawah subseksyen itu.

(5) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana daripada peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya dan Mahkamah Syariah boleh memerintahkan wang dan harta yang dikumpulkan itu diserahkan kepada Majlis.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.