ENAKMEN 2
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
Seksyen 38. Penarikan balik surcaj
Walau apa pun seksyen 36 dan 37, Majlis boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dikenakan, dan Majlis hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcaj itu tentang penarikan balik itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.