ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG



Seksyen 41. Nas yang akan diikuti.


(1) Semasa mengeluarkan fatwa di bawah seksyen 36 atau memberi pendapat di bawah seksyen 40, Mufti hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Shafie.

(2) Jika Mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Shafie boleh membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti boleh mengikuti qaul muktamad Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, atau Mazhab Hambali.

(3) Jika Mufti berpendapat bahawa tiada suatupun daripada qaul muktamad empat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti boleh memutuskan masalah itu menurut pendapatnya sendiri dengan tidak terikat kepada qaul muktamad mana-mana Mazhab yang empat.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.