ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 137. Makanan dalam bulan Ramadan.



(1) Sesiapa jua orang Islam pada waktu siang hari dalam bulan Ramadan membeli apa-apa barang untuk dimakan, diminum atau dihisap dengan serta merta atau menjualnya kepada seorang yang berugama Islam untuk dimakan, diminum atau dihisap dengan serta merta adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit boleh dihukum denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya dan bagi kesalahan yang kedua atau bagi tiap-tiap kesalahan yang berikutnya didenda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
[Pin. En. 7/87]

(2) Sesiapa jua orang Islam yang tidak harus pada Hukum Syara' berbuka puasa memakan atau meminum sebarang makanan atau minuman atau menghisap apa-apa benda sahaja pada siang hari dalam Bulan Ramadan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit boleh dihukum denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya dan bagi kesalahan yang kedua atau bagi tiap-tiap kesalahan yang berikutnya didenda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.
[Pin. En. 7/87]


Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.